Kelas Website – Pembuatan Sosial Media Telegram

16 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2020, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, pihak pengurusan telah mengadakan satu kelas Website iaitu cara penghasilan Telegram di laman sesawang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar menggunakannya sebagai platform internet untuk berinteraksi dan mendapatkan nota dan latihan dari guru-guru .

Di dalam kelas ini, seorang pelajar telah datang untuk mempelajari cara melakukan pembuatan Telegram. Aplikasi Telegram merupakan satu cara yang mudah tetapi amat penting dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar.

Pelajar tersebut telah belajar cara-cara untuk mendaftar halaman Telegram melalui telefon pintar dan Telegram Web melalui Google. Pihak pengurusan mengajar cara untuk memasukkan gambar, memilih template blog, cara untuk mengubahsuai font untuk lagi menarik dan cara untuk memasukkan lagu dan video di dalam Telegram.

Kelas berlangsung selama 2 jam bermula dari 9 pagi hingga 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali